Buku Teori - Teori Terpilih dalam Sains Sosial mengupas tentang beberapa teori terkenal dalam bidang sains sosial. Kupasan semua teori yang ada di dalam buku ini ditulis oleh beberapa orang pensyarah dalam bidang sains sosial dengan cara yang amat mudah difahami. Buku ini dihasilkan untuk membolehkan para pelajar dan penyelidik memahami dengan lebih jelas hal yang berkaitan dengan konsep-konsep yang digunakan dalam bidang sains sosial dan seterusnya dapat mengaplikasikan ke semua konsep-konsep tersebut di dalam kehidupan seharian mereka. Secara keseluruhannya, terdapat tiga belas bab yang dimuatkan di dalam buku ini. Ia bermula dengan bab pertama yang membincangkan teori klasik dalam pembentukan identiti etnik dalam sesebuah masyarakat. Sumbangan dan kritikan terhadap teori klasik turut dibincangkan memandangkan ia antara teori yang terawal dibincangkan oleh para sarjana sains sosial. Bab dua hingga bab ke tiga belas membincangkan tentang teori - teori yang berkaitan dengan pengawalaturan emosi, motivasi, kepuasan kerja, konsep dalam perkahwinan dan kekeluargaan, struktur dan fungsi masyarakat dalam stratifikasi sosial, penilaian kognitif dan peneguhan, silang budaya dalam masyarakat, keberkesanan latihan dan juga hal-hal yang berkaitan dengan faktor-faktor persekitaran yang dapat mempengaruhi tingkah laku manusia seperti pengaruh ibu bapa, rakan-rakan, institusi pendidikan dan banyak lagi. Diharapkan buku ini dapat menjadi sumber rujukan yang berguna kepada para pelajar dan para penyelidik dalam bidang sains sosial untuk memahami dengan lebih jelas hal-hal yang berkaitan dengan tingkah laku manusia dan masyarakat.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: