Ilmu tatabahasa Arab dianggarkan telah diajarsejak abad ke-15 di Alam Melayu. Tradisi pengajian ini berkembang pesat hingga tersebar ke pulau-pulau utama Nusantara. Setelah beberapa abad konvensi ini berterusan, menggunakan rujukan dan kaedah-kaedah tertentu, maka lahirlah sebilangan ilmuwan Melayu yang mampu berkarya dalam bidang tatabahasa pada abad ke-19.
Terdapat dua kaedah penerapan ilmu tatabahasa Arab dalam kalangan bangsa Melayu. Pertama: Dengan menghasilkan tulisan bermutu bagi memudahkan pelajar Melayu mempelajarinya. Gerakan ini terjadi di kota Makkah, dengan ulama-ulama Melayu, seperti Nawawi Banten dan Ahmad al-Fatani bergiat aktif dalam bidang pendidikan Islam. Kedua: Dengan menjadikan ilmu tatabahasa Arab sebagai asas kebangkitan budaya persuratan Melayu menerusi pembinaan teori tatabahasa Melayu berdasarkan teori tatabahasa Arab seperti yang dapat dilihat pada sebilangan karya Raja Ali Haji. Terokai sejarah tatabahasa Arab di Alam Melayu dan fahami bagaimana buku ini membina naratif berdasarkan sumber-sumber sejarah dan sastera yang autentik. Buku ini mempunyai tahap keaslian dapatan yang tinggi bagi memberi perspektif baharu tentang hubungan erat antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab, bukan hanya pada kata pinjaman dan istilah agama, malah juga pada aspek binaan teori tatabahasa Melayu abad ke-19.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: