Kalau dulu penguasaan kuasa Barat dilihat menanamkan elemen peradaban mereka melalui penguasaan politik dalam proses penjajahan, kini mereka terus-terusan cuba mendominasinya pula melalui budaya, ekonomi, teknologi dan pendidikan ke seluruh dunia. Proses globalisasi yang berlaku sekarang adalah lanjutan daripada usaha mensejagatkan unsur tamadun Barat itu.
: : : Melalui buku ini, penulis cuba melihat dari sudut pandangan Melayu Malaysia dengan melihat kekuatan dan mengkaji kelemahan yang ada dalam usaha menangani dan menangkis cabaran unsur negatif yang datang bersama proses globalisasi itu. Dalam masa yang sama kita juga perlu mengambil manfaat daripada unsur positif yang turut dibawa arus globalisasi ini. Justeru, usaha mengekalkan tamadun Melayu dan pemerkasaannya menjadi asas kepada tamadun Malaysia pada alaf ketiga ini.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: