Pendidikan Cina di Malaysia mempunyai sejarah perkembangan yang melangkaui 200 tahun. Isu pendidikan Cina sering kali menjadi kontroversial dalam masyarakat Malaysia dan dilihat sebagai penghalang kepada perpaduan negara. Namun dengan kedatangan era globalisasi dan kebangkitan China, pendidikan Cina menemui peluang dan cabaran baharu. Buku ini membincangkan selok-belok dan gejolak perkembangan pendidikan Cina di Malaysia serta peluang dan cabaran yang dihadapi pendidikan Cina natijah kewujudan dua fenomena tersebut. Dari segi skop, pendidikan Cina yang dibincangkan merangkumi peringkat rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi yang dikupas melalui perspektif sejarah, sosial dan politik. Karya ini adalah penting untuk memahami latar belakang, kekuatan dan masalah pendidikan Cina di Malaysia dan kandungannya dapat mencetus idea untuk permasalahan kajian bagi seseorang penyelidik. Karya ini sesuai untuk tatapan pembaca umum, komuniti sarjana, pentadbir sekolah dan para guru.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: