Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Penyelidikan kuantitatif dan kualitatif merupakan asas utama dalam kebanyakan penyelidikan sains sosial. Sungguhpun begitu, kebanyakan penyelidik khususnya pelajar hanya menggambarkan bahawa penyelidikan kuantitatif biasanya akan menggunakan kaedah soal selidik, manakala penyelidikan kualitatif pula akan menggunakan temu bual. Walaupun tidak ada sebarang kesalahan bagi pemahaman seperti itu, tetapi hakikat sebenarnya ialah kajian sains sosial adalah jauh lebih mendalam daripada itu.
    Proses penerokaan yang lebih mendalam itu sebenarnya adalah berbalik kepada asas penyelidikan itu sendiri yang ingin menemukan kebenaran. Semakin sesuatu kaedah yang digunakan itu lebih bersifat objektif, empiri dan mendalam, maka semakin banyaklah pula penerangan mengenai sesuatu fenomena itu dapat diterokai. Malah, dalam banyak keadaan penggunaan metodologi yang baik juga akan mampu menjelaskan sesuatu teori itu dengan lebih berkesan.
    Buku ini bukanlah sekadar untuk menyaingi buku-buku metodologi yang sedia ada dalam konteks tempatan atau antarabangsa, sebaliknya adalah untuk membincangkan beberapa metodologi terkini dalam aspek penyelidikan kuantitatif dan kualitatif sains sosial. Ia ditulis oleh ahli akademik dan sebahagian kecil daripada bab disumbangkan oleh pelajar pascasiswazah untuk berkongsi tentang beberapa pendekatan baru penyelidikan sains sosial yang mungkin memberikan banyak manfaat kepada pembaca, khususnya penyelidik dan pelajar pascasiswazah. Buku ditulis dan diolah dengan bahasa yang mudah agar ia mudah difahami, dan yang lebih penting dapat dimafaatkan untuk menjalankan penyelidikan yang lebih berkesan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: