Buku ini diterbitkan berdasarkan pengalaman pemeriksaan keadaan bangunan yang dilaksanakan oleh penulis buku dan pasukan yang telah mendapat pendedahan dalam melaksanakan pemeriksaan keadaan bangunan serta penerbitan laporan yang sebenar. Buku ini merangkumi pengetahuan tentang keperluan dan kepentingan pemeriksaan keadaan bangunan dalam industri pembinaan dan penyenggaraan bangunan, terutama sekali di negara ini.
Intipati buku ini adalah sebagai rujukan asas berkenaan pemeriksaan bangunan mengikut sistem penarafan kondisi bangunan yang terkini iaitu Building Condition Assessment Rating System (BCARS). Sebagai tambahan, buku ini menyediakan rujukan asas berkenaan teknik pemeriksaan keadaan bangunan, jenis-jenis peralatan pemeriksaan dan pengukuran yang diguna pakai, protokol pelaksanaan pemeriksaan bangunan yang perlu dipatuhi oleh pemeriksa, serta persiapan dan strategi pemeriksaan yang perlu dilaksanakan supaya pemeriksaan keadaan bangunan dapat dijalankan dengan teratur dalam tempoh yang dipersetujui bersama pemilik bangunan.
Paling utama, buku ini menyediakan lebih daripada 700 gambar kecacatan tipikal sebenar yang terdapat pada tiga sistem utama bangunan, arkitektur, elektrik dan mekanikal. Pembaca boleh merujuk jenis-jenis kecacatan, punca berlakunya kecacatan serta cadangan kerja pembaikan yang turut disertakan dalam buku ini. Sementara itu, buku ini turut berkongsi kepada pembaca tentang teknik dan prosedur untuk mengambil gambar keadaan atau kondisi ruang bangunan dengan lebih teratur dan sistematik.
Penulis turut berkongsi tentang penyediaan laporan pemeriksaan keadaan bangunan yang piawai yang diguna pakai dalam industri. Diharapkan buku ini dapat menjadi rujukan asas yang utama kepada pembaca dan menyumbang kepada kerja-kerja pemeriksaan keadaan bangunan yang lebih teratur dan berkualiti.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: