Isu vaksin dan vaksinasi sering kali menimbulkan polemik dalam masyarakat sama ada oleh kumpulan yang menyokong,
atau yang menolaknya. Biasanya “topi agama” dijadikan sandaran yang kuat dalam menolak pengambilan vaksin dan
usaha vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak. Golongan ini berhujah bahawa vaksin dihasilkan daripada sumber yang najis
dan haram, mengutamakan perubatan alternatif, holistik dan mengambil “makanan sunnah”, menolak perubahan ciptaan
Allah, di samping aktif menguar-uarkan teori konspirasi yang melibatkan trilogi syarikat farmaseutikal-Yahudi–dajal.
Seiring dengan perkembangan teknologi digital, kumpulan antivaksin turut giat mempromosikan dakyah mereka dalam
jaringan media sosial. Hasilnya, pandangan mereka berjaya mempengaruhi kelompok yang masih ragu-ragu terhadap vaksin
dan dampaknya telah mengakibatkan peningkatan penyakit cegahan vaksin dalam kalangan kanak-kanak.
Sehubungan dengan itu, buku ini adalah sebagai satu usaha untuk membalas hujah kumpulan antivaksin agar usaha vaksinasi
oleh pihak kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus kadar morbiditi dan mortaliti dalam kalangan kanak-kanak
dapat diminimumkan, serta ekosistem kesihatan awam negara dapat diperkasakan.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: