Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini menampilkan himpunan penulisan para sarjana tempatan yang
mengkhusus dalam bidang geografi pilihan raya. Penulisan bab-bab
merupakan hasil dan analisis kajian pada peringkat pascasiswazah,
penyelidikan di lapangan, rujukan sumber sekunder yang berautoritatif dan
pembentangan kertas kerja dalam persidangan peringkat kebangsaan serta
antarabangsa. Justeru, sumber yang digunakan sangat berwibawa dan boleh
dipertanggungjawabkan.
Kandungan buku ini membincangkan bidang kajian geografi pilihan raya
di Malaysia dari sudut amalan dan aplikasi geografi dalam pilihan raya terhadap
pemimpin, pengundi, parti politik, proses pilihan raya, kawasan pilihan raya, pola
pengundian, demografi, etnik, belia dan geobencana. Geografi pilihan raya adalah
kajian mengenai proses pilihan raya atau perwakilan yang berdasarkan faktor
geografi iaitu perwakilan yang berdasarkan taburan pengundi serta kajian aspek
ruangan organisasi manusia dan keputusan pilihan raya. Peranan faktor ruangan
ke atas keputusan dan tindakan dalam pengundian di sempadan sesuatu kawasan
pilihan raya merupakan elemen penting dalam pengkajian geografi politik. Secara
mudahnya, bidang kajian geografi pilihan raya merangkumi persempadanan
bahagian pilihan raya; pemetaan dalam keputusan pilihan raya; pengaruh unsur
geografi iaitu interaksi, gerakan, sebaran dan kejiranan/sempadan terhadap
politik pilihan raya; dan tingkah laku pengundian dan pola pengundian mengikut
aspek geografi seperti dinamika ruang dan masa, kewilayahan, saiz dan bentuk
kawasan, taburan geografi, jarak, ketersampaian, kejiranan, lokasi, geografi fizikal
dan keterbandaran.
Buku ini mesti dijadikan rujukan oleh pengkaji politik, masyarakat, pelajar
pengajian tinggi dan calon pascasiswazah kerana sarat dengan olahan naratif
pilihan raya dari perspektif geografi, data dan fakta yang digabungjalinkan
dengan perbincangan analisis kritis yang mementingkan aspek nilai agar semua
pihak dapat menerima seterusnya menilai fenomena politik pilihan raya di
negara ini secara rasional dan dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha
mengembangkan bidang kajian geografi pilihan raya.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: