KAMUS biografi Malaysia adalah projek penyelidikan dan penerbitan di bawah Institut Pengajian Tinggi, Universiti Malaya. Tujuan utama projek ini adalah untuk menerbitkan kamus biografi Malaysia yang lengkap, berwenang dan kemaskini tentang tokoh-tokoh dalam sejarah Malaysia. Projek pelbagai disiplin ini melibatkan kerjasama penyelidik, penulis dan perunding.
Di samping itu, projek ini juga akan menerbitkan monograf dan kertas-kertas tak berkala tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan biografi. Menjadi tujuan projek ini juga untuk menggalakkan pengkajian tentang biografi di Malaysia dengan mengadakan seminar, kuliah, dan bengkel yang membincangkan persoalan di sekitar penyelidikan dan penulisan biografi. Sebagai usaha mengemaskinikan bank datanya tentang tokoh-tokoh Malaysia, projek ini mengumpulkan bahan secara lisan daripada tokoh-tokoh yang masih hidup.
Buku Biografi Tokoh Pilihan Malaysia ini memaparkan riwayat hidup 13 tokoh terpilih Malaysia : Abdul Rahim Kajai, Dr. Burhanuddin Al Helmi, Khadijah Sidek, Loke Yew, Muhammad bin Ismail (Pak Mat), Tan Sri Nik Ahmad Kamil, Dato Onn Jaafar, P. Ramlee, Sultan Abu Bakar (Johor), Sultan Abdullah Muhammad Shah II, Tan Cheng Lock, Veerasamy Thirugnana Sambanthan dan Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba). Segala sumbangan dan jasa yang diberikan oleh tokoh-tokoh ini dipersembahkan dengan menarik dalam buku ini.
Semoga sumbangan dan jasa mereka dikenang dan menjadi teladan serta perangsang kepada generasi kemudian.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: