Sebahagian besar pelajar luar negara yang tinggal di Malaysia untuk tempoh tiga hingga empat tahun berkeinginan mempelajari Bahasa Melayu di peringkat yang lebih tinggi selepas mempelajari Bahasa Melayu Asas. Sehubungan itu, penerbitan Efektif Bahasa Melayu Pertengahan, yang merupakan lanjutan kepada penerbitan Efektif Bahasa Melayu Asas juga oleh Penerbit Universiti Malaya memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Penyediaan buku ini dari segi pembahanannya boleh dianggap matang dan teruji. Format pembahanan yang digunakan telah memenuhi kaedah pembelajaran Bahasa Melayu yang terbaik kerana memberikan tumpuan kepada kemahiran menulis, mendengar, membaca dan bertutur. Kaedah gabung jalin keempat-empat kemahiran ini telah ditambah pula dengan pengajaran aspek tatabahasa secara ringkas dan padat. Sehubungan itu, buku ini sesuai juga digunakan oleh calon-calon yang akan mengambil Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warga Asing (SKBMW) yang dianjurkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia secara dalam talian.
Sebahagian besar format pengajaran dalam buku ini telah digunakan dalam pengajaran untuk warga asing, termasuk di luar negara seperti Korea Selatan.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: