Bidang tadbir urus adalah ilmu berkaitan kenegaraan yang sentiasa berkembang dan perlu difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Justeru, Tadbir Urus Efektif, Politik dan Kualiti: Perspektif Islam dan Kontemporari memuatkan pelbagai perbincangan menarik dalam tiga ruang lingkup perbahasan ilmu, iaitu tadbir urus, politik dan pengurusan kualiti dan dikupas menerusi dua perspektif, iaitu Islam dan kontemporari.
Perbincangan menggabungkan beberapa aspek penting meliputi konsep, prinsip, falsafah, nilai dan etika, proses, peranan masyarakat, contoh daripada sejarah Islam dan juga aplikasinya dalam amalan semasa institusi Islam di Malaysia.
Pembaca dengan ini akan mendapat suatu kefahaman komprehensif berkaitan tadbir urus efektif secara teori dan amalannya.
Ketiga-tiga penulis memiliki pengalaman yang luas dan telah berkecimpung dalam bidang masing-masing selama lebih daripada 20 tahun.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: