Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Menyedari peri pentingnya kesejahteraan dan keamanan
negara yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat
dan bangsa maka buku ini dihasilkan untuk menimbulkan
kesedaran serta sebagai panduan untuk program yang mendekatkan
jurang golongan generasi muda dan golongan dewasa dalam
suatu bentuk kerjasama yang bermakna. Warga emas masih boleh
menyumbangkan pengalaman dan kepakaran mereka untuk
dikongsi dengan golongan muda. Manakala anak muda pula
membantu warga emas dengan kebolehan mereka contohnya
dengan pengetahuan tentang teknologi masa kini.
Buku yang mengandungi tujuh bab ini membincangkan konsep,
kelebihan program intergenerasi, senario perkembangan program
intergenerasi di dunia, kajian-kajian program intergenersi di dunia
dan juga kajian program intergenerasi di Malaysia. Selain daripada
itu panduan juga diberikan bagaimana melaksanakan program
intergenerasi bagi individu dan kumpulan-kumpulan yang berminat.
Buku ini juga membincangkan peranan warga emas dan komuniti
dalam berdepan cabaran program intergenerasi yang matlamat
akhirnya mewujudkan persekitaran harmoni dan kesejahteraan
hidup dalam masyarakat berbeza generasi.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: