Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Imam Malik berkata “Tidak ada ayat lain dalam Al-Quran selain
ayat 279, Surah Al-Baqarah yang membuat aku lebih takut kepada
kemarahan Tuhan yang mengisytiharkan perang terhadap
pengamal Riba”.
Sebenarnya industri perbankan adalah penyebab utama kepada
krisis kewangan dan masalah kenaikan kos sara hidup. Tanggapan
bahawa bank memberi pinjaman dengan menggunakan deposit
oleh isi rumah adalah salah kerana bank tidak memerlukan
kewujudan deposit untuk membolehkannya memberi pinjaman
kepada pelanggannya. Bank sebenarnya mencipta `wang baru’
setiap kali ia memberi pinjaman dan oleh sebab itulah jumlah wang
dalam sistem kewangan negara dapat berkembang dengan begitu
cepat. Perkara ini telah disahkan oleh The Bank of England dalam
satu penerbitannya sendiri berjudul The Bank of England Quarterly
Bulletin 2014.
Akibatnya, bukan sahaja nilai mata wang sentiasa menurun,
bahkan jumlah hutang juga meningkat pada kadar yang sangat
cepat sekali gus menyebabkan penderitaan kepada ratusan juta
manusia di seluruh dunia terutamanya dalam kalangan golongan
lemah dan miskin.
Buku ini menghuraikan perkara tersebut dengan lebih terperinci
dan menyumbang kepada pemahaman tentang kesan negatif
industri perbankan, termasuk apa yang dipanggil ‘Perbankan Islam’.
Sebenarnya kita perlu dengan segera mencari kaedah pembiayaan
selain dari perbankan. Amalan mudarabah dan musyarakah juga
perlu dilakukan dengan betul dan tepat dan bukan dalam bentuk
pura-pura atau helah semata-mata.

Dato’ Manap Wahab
Bekas Ketua Eksekutif, Bank Muamalat

-----------------------------------------------------------------
Buku ini adalah usaha yang tepat pada masanya kerana
mendedahkan secara jelas bagaimana sistem kewangan kita
berfungsi. Penulis telah dengan cara yang amat baik dan terperinci
membuktikan betapa hutang awam dan swasta telah bertambah
dan akhirnya menghancurkan rakyat, kerajaan dan negara. Buku ini
juga menggariskan langkah-langkah bagaimana masyarakat boleh
hidup tanpa hutang. Ini adalah bacaan penting untuk guru, pelajar,
pegawai awam dan juga para reformis sosial.


Prof Dato’ Dr Ahamed Kameel Mydin Meera
Pengerusi, Pergerakan untuk Keadilan Monetari
(Movement for Monetary Justice).

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: