Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Gerakan koperasi bukan satu fenomena baharu. Malah,
di negara-negara maju, gerakan koperasi berjaya berada
sama paras dengan bentuk perniagaan atau entiti
ekonomi lain, sama-sama bersaing di pasaran tempatan dan
global dan diiktiraf sebagai enjin kepada pertumbuhan ekonomi.
Buku ini membawa pembaca mengenali koperasi dengan
memahami apa itu koperasi dari awal kemunculannya, bagaimana
koperasi berkembang merentasi negara dan benua, diguna pakai
dalam sistem ekonomi berbeza dan pelbagai tahap pencapaiannya
melalui pemaparan contoh-contoh koperasi luar negara.
Buku ini ditulis berdasarkan kajian mendalam mengenai
gerakan koperasi dan membincangkan isu-isu mengenai koperasi
yang tidak pernah diselidiki atau ditulis sebelum ini.
Buku ini boleh dijadikan sumber rujukan lengkap untuk
semua lapisan pembaca, daripada pengamal koperasi, ahli
akademik, penyelidik, pembuat dasar, ahli politik, pelajar institut
pengajian tinggi dan pelajar sekolah serta orang ramai yang ingin
tahu tentang koperasi dan persoalan-persoalan yang berkaitan
dengannya yang tidak pernah diberitakan sebelum ini.

 

_____________________________________________

Juliawati Janius telah dianugerahkan PhD in Economics oleh The University of
Sheffield, England dalam tahun 2007 untuk kajian beliau ke atas gerakan koperasi
di Malaysia. Beliau juga telah memperoleh Masters in Co-operative Economics
daripada Philipps Universitaet Marburg di Jerman dalam tahun 1992 bagi kajian
beliau ke atas gerakan koperasi di Jerman Timur selepas kejatuhan Tembok Berlin.
Beliau kini adalah Timbalan Pengarah di Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: