Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini melihat wakaf sebagai satu ibadah dan hospital sebagai
sebuah institusi. Gabungan kedua-duanya telah mengukuhkan
sistem kemudahan kesihatan awam pada zaman kegemilangan
Islam dan dapat dilihat kesinambungannya pada masa kini.
Dari segi sejarah, wakaf telah berperanan dalam membiayai kesihatan
sama ada untuk pengurusan hospital, doktor yang bertugas, peralatan
mahupun keperluan pesakit. Hospital wakaf di zaman kegemilangan
Islam ini memberikan rawatan kepada semua golongan secara percuma
tanpa mengira agama, bangsa mahupun jantina. Hospital juga dibina di
dalam perkarangan masjid menggambarkan simbolik hubungan yang erat
antara hospital wakaf dengan pewakaf yang sememangnya berwakaf
kerana mencari keredaan Allah. Ini kerana wakaf adalah satu amalan
yang sangat unik yang dilakukan oleh seseorang hamba Allah bagi
tujuan untuk mendekatkan diri dengan pencipta-Nya.
Buku ini juga mengupas hubungan wakaf dengan Hospital Waqaf
An-Nur (HWAN) yang memberikan perkhidmatan kesihatan pada
masa kini. Penulisan buku ini memfokuskan tentang peranan wakaf
kesihatan dan sumbangannya terhadap masyarakat dalam mendapatkan
rawatan penjagaan kesihatan di HWAN. Model wakaf kesihatan yang
dilaksanakan oleh Hospital Waqaf An-Nur (HWAN) menarik golongan
berpendapatan rendah untuk mendapat rawatan di sini. Dalam konteks
masa kini walaupun HWAN adalah hospital wakaf ia mengenakan
bayaran kepada pesakit. Namun begitu, bayaran yang dikenakan masih
mampu ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah dan miskin,
manakala golongan fakir tiada bayaran dikenakan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: