Karya berjudul ‘Modul Hafazan al-Quran’ ini bertujuan menyajikan
pendekatan praktikal menghafaz al-Quran bagi setiap individu yang
berminat menghafaz al-Quran dalam kehidupan seharian. Bermula
dengan topik adab dan kelebihan menghafaz al-Quran, kandungan
karya ini sekaligus memberikan satu suntikan motivasi kepada umat
Islam khususnya kepada pencinta al-Quran untuk menghafaz al-Quran
berteraskan modul yang sistematik sejajar dengan komitmen masa yang
mampu diperuntukkan seharian serta kemampuan hafazan yang dimiliki.
Turut ditampilkan dalam karya ini ialah tiga rukun hafazan al-Quran yang
perlu dijelujuri oleh setiap huffaz.
Modul-modul hafazan ini boleh dijadikan sebagai penanda aras dalam
mengintegrasikan hafazan al-Quran dengan subjek akademik yang lain
agar masa yang diperuntukkan dan juzuk yang dicadangkan bertepatan
dengan kemampuan para pelajar yang sepatutnya. Ini penting bagi
memastikan ayat-ayat yang dihafal benar-benar terpelihara dalam dada
para huffaz.
Terdapat 12 modul hafazan direkayasa dalam karya ini, dan modulmodul
terbabit dikupas dalam setiap bab. Bermula dengan modul
menghafaz al-Quran 30 minit sehari sehingga modul menghafaz al-Quran
10 jam sehari. Menariknya, modul-modul yang diketengahkan dalam
karya ini tidak bersifat eksklusif buat mereka yang berkecimpung dalam
dunia hafazan al-Quran semata-mata, malah ia terpakai buat semua
golongan kelas dan usia. Penyediaan modul-modul tersebut bersesuaian
dengan kapasiti setiap individu yang mempunyai minat mendalam untuk
menghafaz al-Quran walaupun komitmen masa dan kemampuan hafazan
mereka berbeza-beza.
Justeru, penghasilan karya ini sekaligus menegaskan bahawa
seluruh umat Islam mampu menghafaz keseluruhan al-Quran serta
mengingati hafazan al-Quran dengan mantap, asalkan mereka berminat
untuk menghafaz al-Quran, memiliki asas bacaan al-Quran yang baik,
serta menuruti modul-modul yang dikemukakan dalam karya ini secara
bersungguh-sungguh, konsisten, dan berdisiplin dengan peruntukan jam
yang telah ditetapkan dalam sehari.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: