Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku Kepimpinan Kaunseling Kelompok: Teori dan Aplikasi ini
dihasilkan untuk menjadi rujukan dan panduan kepada
para pelajar kaunseling sama ada pelajar Ijazah Dasar atau
Pascasiswazah serta pengamal kaunseling yang ingin mengetahui
tentang aspek kepimpinan dan amalan pengendalian kaunseling
kelompok secara lebih mendalam. Buku ini membincangkan tentang
kepimpinan kelompok dari asas hinggalah kepada pengendalian
kelompok secara praktikal untuk membolehkan kaunselor kelompok
memimpin dengan lebih berkesan. Secara keseluruhan buku ini
mengandungi sembilan belas bab yang diulas secara terperinci dan
disertai contoh-contoh yang relevan untuk meningkatkan kemahiran
memimpin dalam kalangan kaunselor kelompok.
Panduan diberikan secara terperinci agar pemimpin kelompok dapat
merancang dan melaksanakan siri sesi kelompok dengan mahir dan
produktif. Secara keseluruhannya buku ini akan membantu pemimpin
dan bakal pemimpin kelompok memperoleh komponen akademik dan
komponen kemahiran yang diperlukan untuk memimpin kaunseling
kelompok dengan lebih berkesan dan bermakna.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: