Pengajian astronomi Islam telah
berlangsung sejak awal kedatangan
Islam. Ia dimasukkan dalam
pengajian fiqah kerana kepentingannya
dalam ibadat seperti menentukan waktu
solat lima waktu, penentuan kalendar Islam,
cerapan hilal seperti awal Ramadan dan
permulaan bulan Syawal.
Kehebatan ilmuan tempatan telah terbukti
setanding tokoh-tokoh astronomi Islam
silam demi kelestarian ilmu tersebut dalam
kalangan masyarakat Muslim di Malaysia.
Penulisan sejarah pengajian astronomi
Islam di Malaysia amat penting bagi
pengukuhan jati diri melalui pengetahuan
dalam khazanah ilmu tradisi warisan nenek
moyang. Kehebatan ilmuan tempatan juga
telah terbukti setanding dengan tokoh-tokoh
astronomi Islam silam.
Justeru, buku ini turut mendokumentasikan
sejarah pengajian ilmu astronomi Islam
di Malaysia sebagai rujukan untuk
pelajar, pendidik, pengkaji, sarjana dan
sesiapa sahaja yang berminat dengan
sejarah astronomi Islam sejajar dengan
pembangunan pendidikan astronomi Islam
di Malaysia.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: