Karya asal Panduan Penjagaan dan Penggunaan Haiwan Makmal merupakan satu sumber yang telah dihormati selama beberapa dekad yang menggabungkan maklumat saintifik baru berkenaan haiwan makmal lazim, termasuk spesies akuatik, dengan mengambi kira input daripada komuniti haiwan saintifik dan makmal serta orang awam. Ia merangkumi komponen utama penggunaan haiwan:
• Konsep-konsep utama penjagaan dan penggunaan haiwan.
• Program penjagaan dan penggunaan haiwan.
• Persekitaran haiwan, penternakan, dan pengurusan.
• Penjagaan ahli veterinar.
• Prasarana fizikal.
Panduan Penjagaan dan Penggunaan Haiwan Makmal menyediakan rangka kerja untuk pertimbangan yang diperlukan dalam pengurusan fasiliti haiwan bagi para saintis/ penyelidik, ahli veterinar, kakitangan penjagaan haiwan, pengurus fasiliti, pentadbir institusi, pembuat dasar yang terlibat dalam isu-isu penyelidikan, dan peguam bela kebajikan haiwan.
.............................................................................................................
Universiti Malaya (UM) telah menubuhkan Jawatankuasa Institusi Penjagaan dan Penggunaan Haiwan (IACUC) yang berkelayakan melalui latihan dan pengalaman anggotanya untuk menyelia program, kemudahan dan prosedur Penjagaan dan Penggunaan Haiwan. UM IACUC terdiri daripada ahli-ahli yang berkelayakan untuk menilai program haiwan dan permohonan protokol dan mewakili beberapa kategori
orang yang berminat berkenaan dengan penjagaan dan penggunaan haiwan secara berperikemanusiaan termasuk ahli veterinar, ahli saintis, ahli bukan saintis dan ahli awam yang tidak bersekutu.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: