Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini adalah sebuah karya dalam bidang hadis berasaskan kajian tematik
terhadap isu rawatan sihir. Rawatan sihir adalah salah satu tema yang
dijelaskan dan dibincangkan dalam beberapa teks hadis. Melalui rujukan
terhadap al-Kutub al-Sittah (The Six Books), hadis-hadis berkaitan rawatan sihir
dikumpulkan, dibincangkan jalan periwayatannya, diletakkan status atau taraf
bagi hadis dan dikeluarkan fiqhnya sehingga dapat dijanakan kefahaman yang
jelas berkaitan rawatan sihir dalam perspektif hadis dan fiqhnya. Hasil penelitian
terhadap keseluruhan hadis dalam al-Kutub al-Sittah, terdapat 12 hadis yang
menjadi dasar utama perbincangan dalam buku ini sehingga pada akhirnya
menghasilkan standard khusus berkaitan rawatan sihir dalam pemahaman hadis.
Segala perbincangan dirujuk kepada karya-karya syarah hadis dengan tambahan
rujukan semasa sehingga menjadikan perbahasan sesuai dengan keadaan semasa
dari aspek rawatan sihir. Dengan itu, dapatan ini sepenuhnya dapat dimanfaatkan
oleh semua pihak khususnya dalam kalangan pengamal pengubatan alternatif
Islam dalam memahami selok-belok rawatan sihir dalam kerangka petunjuk
daripada Nabi SAW. Buku ini juga penting bagi manfaat para pengkaji dan peneliti
hadis dalam memahami pendekatan tematik dalam huraian pemahaman hadis
yang boleh diaplikasikan dalam mengupas dan membincangkan isu-isu yang lain.
Justeru, panduan Nabi SAW itu adalah yang terbaik dan sesuai dengan kapasiti
baginda sebagai suri teladan sepanjang zaman dan apa yang diperkatakan dan
dipraktikkan oleh Nabi SAW sama sekali tidak mengikut hawa nafsu melainkan ia
petunjuk yang datang daripada Yang Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa, Allah
SWT. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: