Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini memaparkan isu penyertaan masyarakat Iban dalam program pembangunan komuniti di Sarawak berdasarkan kajian luar dengan memberi penekanan khusus kepada usaha-usaha pembasmian kemiskinan melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Di samping itu memberi gambaran terperinci tentang faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan masyarakat Iban di Sarawak dalam program berkenaan. Penulisannya diolah supaya sesuai digunakan sebagai bahan rujukan kepada pelajar universiti yang mengikuti kursus pembangunan komuniti serta bidang sains sosial lain yang berkaitan. Selain itu, buku ini juga boleh dijadikan panduan kepada penggerak pembangunan komuniti yang terlibat dalam usaha-usaha pembangunan masyarakat luar bandar.

Perbincangan di bahagian awal buku ini menjelaskan tentang program pembasmian kemiskinan di Malaysia. Bahagian seterusnya membincangkan konsep pembangunan komuniti, penyertaan komuniti dan cabaran yang dihadapi dalam usaha pembangunan komuniti serta faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan masyarakat dalam pembangunan komuniti. Perbincangan juga secara khusus berkenaan penyertaan masyarakat Iban dalam program pembangunan komuniti di Sarawak. Perbincangan khusus ini meliputi aspek profil kawasan, program dan masyarakat serta pengaruh faktor individu, institusi pentadbiran program dan situasi penyertaan masyarakat Iban dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: