Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Media jaringan sosial dilihat semakin berpengaruh dalam kehidupan seharian, terutama pada golongan muda yang sering tertarik dengan teknologi dan inovasi baharu. Tambahan pula, medium ini mampu mengekalkan keterikatan dengan dunia realiti di samping berfungsi sebagai tempat permainan pada masa yang sama. Malah, media ini memberi sumbangan positif dalam mengekalkan hubungan dan menjadi perantara yang berguna untuk komunikasi di samping menjadi tempat baharu untuk berkumpul dan berinteraksi serta membentuk kumpulan berasaskan minat.  Di samping membincangkan ciri dan fungsi jaringan sosial dalam talian popular dunia dan laman sosial tempatan, sebagai alternatif kepada laman sosial antarabangsa, buku ini juga membincangkan trend penggunaan jaringan sosial dalam talian, motivasi atau tujuan penggunaan jaringan sosial dalam talian dalam kalangan pengguna aktif di Malaysia serta impak dan kelebihan penggunaan jaringan sosial dalam talian berbanding media komunikasi lain serta komunikasi di luar talian.
    Buku ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar dalam bidang pengajian media dan komunikasi bagi memperoleh pemahaman berkenaan fenomena penggunaan jaringan sosial dalam talian ini di peringkat global dan juga di Malaysia.

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: