TELAH ACAP kali percakapan ini bergemeretak di mana-mana hingga ke peringkat nasional. sedikit Cuma coretan yang dapat didokumentasikan mahupun dibukukan untuk tatapan generasi kini, kisah semangat juang wira-wira bangsa yang meniti zaman sebelum dan selepas merdeka.
Sebagai menambahkan bahan bacaan yang ada, senaskhah lagi buku dipersembahkan dengan membawa pembaca kepada persoalan patriotisme dan nasionalisme, peranan serta faham politik pejuang-pejuang kebangsaan, serta memaparkan Melaka sebagai negeri yang suatu waktu dahulu menjadi rebutan penjajah-penjajah Barat telah menjadi inspirasi kepada para nasionalis Malaysia untuk berjuang menentang penjajah dan juga peranan penting yang dimainkan oleh Melaka dalam menceteskan gerakan kebangsaan itu.
Walau apa pun fahaman politik yang didukung, visi mereka tetap satu, 'memerdekakan negara'. Inilah realisme di sebalik perjuangan mereka yang patut direnungi dan dihayati bersama, demi mempertahankan maruah bangsa dan negara nyawa menjadi taruhan hingga mengatasi segala.
Keduabelasan artikel yang mengisi ruang di dalam buku ini adalah himpunan daripada seminar yang bertemakan " Melaka Dalam Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia". Penulis/pembentangnya terdiri daripada tokoh-tokoh akademik yang arif dalam bidang nasionalisme Malaysia.
Buku ini sesuai dibaca dan disandarkan sebagai bahan rujukan pemimpin-pemimpin persatuan, masyarakat, politik, kerajaan, dan amat berguna kepada penuntut Sekolah Menengah Atas dan Pusat Pengajian Tinggi serta warga yang mencintai ilmu dan menghormati perjuangan wira bangsanya.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: