Buku ini memfokuskan perbincangan kepada prinsip akidah yang terkandung dalam rukun iman dan hubungannya dengan tema pembangunan modal insan. Selain daripada mengetengahkan perbezaan konsep pembangunan modal insan menurut perspektif Barat dan Islam yang menatijahkan kesan berbeza, ia turut memberi penekanan dari aspek pengaruh keyakinan terhadap prinsip-prinsip rukun iman dalam pembangunan ilmu dan akhlak modal insan yang dipertanggungjawabkan sebagai khalifah di bumi. Buku ini sesuai dibaca oleh semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan, perancangan dasar pembangunan, khususnya pembangunan karakter dan pelaksana polisi pembangunan sosial, penjawat awam dan pekerja swasta, pensyarah, guru, mahasiswa, pelajar dan masyarakat awam. Penyampaian buku dipersembahkan dalam gaya bahasa yang mudah agar kandungannya mudah difahami dan dihayati.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: