Perbincangan aspek undang-undang Islam dalam buku ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kekeluargaan; tatacara mahkamah, keterangan dan jenayah; perancangan harta; serta kewangan Islam dan muamalat. Pembahagian ini menggambarkan bidang pengkhususan pengajian dan amalan syariah masa kini di Malaysia. Ia dikupas demi memberi panduan umum dan awal kepada pembaca yang hendak mencari maklumat mengenai undang-undang syariah yang menyentuh hak mereka di negara ini. Oleh itu pembacaan akan lebih fokus kerana setiap tajuk dalam bahagian berkenaan adalah saling berkaitan. Tujuan utama penghasilan buku ini untuk bacaan umum. Sungguhpun demikian unsur-unsur ilmiah masih dikekalkan dengan memasukkan rujukan di dalam teks dan rujukan di akhir setiap bab. Dengan itu, buku ini sesuai dijadikan rujukan dan panduan pelajar pengajian tinggi khususnya dalam bidang syariah dan ahli profesional seperti pengamal undang-undang syariah.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: