Buku ini adalah hasil penyelidikan lapangan yang dijalankan di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong di Sepang, Selangor oleh sekumpulan penyelidik daripada Fakulti Bahasa dan linguistik, Universiti Malaya. Bahasa Mah Meri ialah salah satu bahasa Orang Asli Mon-Khmer yang digolongkan dalam kelompok bahasa Aslian Selatan. Sebelum kajian ini, bahasa Mah Meri tidak mempunyai sebarang bentuk lambang yang boleh ditafsirkan sebagai sistem tulisan. Bahasa ini hanya hidup sebagai bahasa lisan yang digunakan dalam kehidupan harian sosial penuturnya. Buku ini bertujuan memberi gambaran am tentang dapatan dari segi ciri-ciri am bahasa dan budaya yang diselidiki ini.
|