Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Hikayat Sarawak adalah sebuah karya sejarah tradisional paling awal diterbitkan di Sarawak. Merupakan persejarahan negeri yang punya keistimewaan tersendiri dalam konteks persejarahan Malaysia. Pengkaryanya, Muhammad Rakawi Yusuf adalah seorang nasionalis dan novelis Melayu berjiwa kritis dan mendukung gagasan pembaharuan Kaum Muda. Rakawi menyifatkan imperialis Barat persis seekor ular yang melingkari Borneo. Rakawi menyaksikan sendiri negerinya diperintah rejim Brooke dan birokrat kulit putih yang sombong bangga dengan kebudayaan mereka. Rakawi resah gelisah melihat nasib anak watan yang miskin serba-serbi; sedang pada waktu sama, kekayaan tanah airnya disedut bangsa asing yang mengecapi kemajuan ekonomi dan pendidikan. Berbanding nasib putera bumi Sarawak yang dibelenggu kemiskinan dan kemunduran ilmu. Malahan, dokumen dan karya sejarah yang ditulis dari sudut pandang kolonial, termasuk penulis upahan Brooke; menghina budaya putera bumi manakala pejuang antikolonial pula dicap sebagai lanun dan pemberontak. Beranikah Rakawi mencabar dogma ini sekali gus menyanggah kejalangan ilmiah penulis upahan rejim Brooke? Tegasnya, persoalan tersebut hanya terjawab secara tuntas jika perbandingan dibuat antara pemikiran kesejarahan Rakawi dalam Hikayat Sarawak dengan A History of Sarawak Under Its Two White Rajahs (1909), karya S. Baring -Gould dan C. A. Bampfylde.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: