Buku ini menganalisis kemampuan pertahan nasional Jepun terhadap kemungkinan serangan senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara dan China. Walau bagaimanapun penulis menolak andaian teori neorealisme yang menghujah Jepun akan kembali menjadi kuasa tentera dalam masa terdekat. Walaupun integriti pasifisme semakin dicabar, tetapi dasar pertahanan Jepun ke arah normal state berhadapan dengan dilema ekoran kekaburan interpretasi ke atas Perlembagaan. Kerajaan Jepun menegaskan bahawa dalam berhadapan dengan bentuk-bentuk ancaman imminent dan illegitimate peluru berpandu musuh ke atas wilayah Jepun, adalah tidak wajar jika Perlembagaan Jepun tidak membenarkan langkah-langkah pencegahan atau serangan balas diambil.
Persoalan pertahanan nasional Jepun menjadi semakin kompleks apabila Korea Utara serta China membangunkan kemampuan nuklear dan peluru berpandu yang mencabar keselamatan Jepun dalam situasi ketidakjelasan interpretasi Perlembagaan tersebut. Penulis menghujah Perjanjian Keselamatan Jepun-Amerika Syarikat akan diperkukuh dan dasar pertahanan Jepun akan melalui proses pengubahsuaian secara beransur-ansur bagi berhadapan dengan ancaman keselamatan dari Korea Utara dan China.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: