HABA ialah suatu bentuk tenaga yang mempengaruhi kehidupan kita sehari-hari. Ia bukan sahaja untuk proses pemanasan seperti memasak makanan dan penyejukan. Contohnya peti sejuk di rumah, tetapi untuk menggerakkan proses dalam industri.
Pemindahan haba terjadi disebabkan perbezaan suhu. Apabila haba dipindahkan melalui bahantara pepejal seperti melalui sabatang logam, maka terjadi proses kondukan. Sekiranya melalui bahantara yang bergerak, seperti air atau udara, ia disebut olakan.
Buku ini membicarakan cara dan kadar bagaimana haba itu dipindahkan untuk menjayakan seseuatu proses dan di sini terhad kepada proses kondukan dan olakan. Pemindahan haba secara sinaran seperti pancaran matahari, tidak dibicarakan.
Buku ini adalah dalam bentuk buku kerja dan sesuai untuk mereka yang ingin mengulangkaji. Ia boleh digunakan di peringkat awal pengajian mengenai pemindahan haba di univeristi atau di institusi pengajian tinggi lain, bila mana mata pelajaran tersebut digunakan.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: