Shopping Cart
Your shopping cart is empty!
IKAN merupakan sumber alam semulajadi yang boleh berkembang ataupun sebaliknya berkurangan. Manakala nelayan pula bergantung hidup mereka kepada salah satu kegiatan manusia yang tertua sekali-menangkap ikan. Pembiakan atau pengurangan sumber ikan bergantung kepada tindakan manusia dan alam sekitarnya. 
    Perusahaan perikanan mempunyai peranannya dalam ekonomi Malaysia kerana ia menyumbang ke arah bekalan sumber protein utama untuk rakyat, sumber pekerjaan, sumber keuntungan kepada pemodal dan membawa masuk pertukaran asing. 
    Pembangunan kawasan perusahaan perikanan harus mengambil kira ciri dasar laut, topografi dan hidrografinya yang menentukan metodologi dan teknologi menangkap ikan. Penggunaan metodologi dan teknologi yang tidak mengambil kira ciri hidrografi telah membazirkan sumber perikanan serta merosakkan kawasan pembiakannya. Perbezaan dalam penggunaan alatan mengangkap ikan akan mengakibatkan jumlah pendaratan ikan yang berbeza yang seterusnya menentukan pendapatan pengusahanya. Selain daripada itu terdapat konflik di antara pengusaha dengan pentadbir berpunca daripada penggunaan metodologi dan teknologi yang tidak mengikut kesesuaian masa dan ruang perairan. 
    Sistem pemasaran dan segala kemudahannya seperti kilang air batu, bekalan minyak, pengangkutan serta agensi pemasaran harus cekap sekiranya matlamat menyingkirkan orang tengah yang menindas kaum nelayan hendak dicapai. Soal pengetahuan, pelajaran, kemahiran dan modal kaum nelayan harus dititikberatkan sekiranya belenggu kemiskinan yang dipusakai daripada ibu bapa mereka hendak dihapuskan. Jika tidak kemiskinan akan berterusan. 
    Perusahaan Perikanan di Semenanjung Malaysia memaparkan keadaan yang genting dalam industri perikanan. Oleh itu, pengarang menyarankan bagaimana sumber alam yang penting ini harus secara yang boleh memberi manfaat kepada nelayan khususnya dan rakyat amnya. Petempatan nelayan dari segi taburan, saiz, komposisi, corak dan struktur perlu dirancang serta dilaksanakan secara bersepadu. "Pekan Nelayan" dan "Perusahaan Perikanan Laut Dalam" di Zon Ekonomi Eksklusif perlu dilaksanakan segera.

 

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: