Pemikiran Liberal dalam Kritik Matan Hadis: Di Mana Silapnya? adalah sebuah buku yang berusaha merungkai pemikiran dan metodologi aliran liberal terhadap hadis-hadis nabi SAW. Aliran liberal merupakan aliran yang mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat Islam pada masa kini kerana kecenderungan mereka mentafsir semula nas-nas syarak menggunakan logik akal semata-mata tanpa merujuk kepada pandangan ulama Islam yang berautoriti. Buku ini mendedahkan mengenai pemikiran dan metodologi tokoh aliran liberal dalam mempertikaikan hadis-hadis yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Metode kritik hadis yang diaplikasikan oleh tokoh liberal dalam menimbulkan keraguan terhadap hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim akan dinilai berasaskan piawaian yang diletakkan oleh ulama hadis. Penulisan ini menjadikan pemikiran dan metodologi Samir Islambuli melalui bukunya Tahrīr Al- ‘Aql Min Al-Naql sebagai sampel mewakili aliran liberal. Samir Islambuli dipilih kerana pengaruh pemikirannya dan penolakannya terhadap beberapa hadis dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim dengan alasan ia bercanggah dengan al-Quran, bercanggah dengan hadis lain, bertentangan dengan akal dan seumpamanya. Karya ini juga turut menjawab kritikan beliau terhadap hadis-hadis dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dengan mengaplikasikan metode kritik matan hadis yang berpandukan ulama hadis.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: