Pelarian merupakan suatu isu yang kompleks dan berpanjangan. Fenomena ini terjadi kesan daripada konflik peperangan, penganiayaan pemerintah dan pencabulan hak asasi manusia. Isu pelarian global tercetus ketika era Perang Dunia Pertama dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Badan antarabangsa berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini dengan mewujudkan resolusi antarabangsa serta menubuhkan organisasi khusus bagi membantu golongan pelarian. Masalah menjadi semakin rumit apabila pelarian memasuki negara asing demi mencari perlindungan dan berharap dapat membina kehidupan yang baru. Namun begitu, negara destinasi kebiasaannya tidak menerima dan tidak berniat mengalualukan kehadiran pelarian. Pendirian kerajaan di negara destinasi dilihat merumitkan kehidupan pelarian dan menyebabkan mereka berada dalam ketidakpastian. Malaysia juga tidak terkecuali menerima impak kemasukan golongan pelarian semenjak era 1960-an lagi. Dasar berkaitan pelarian yang diwujudkan kerajaan tidak memberi kelebihan kepada golongan pelarian. Namun, atas dasar pertimbangan perikemanusiaan kerajaan membenarkan mereka tinggal secara sementara sementara menunggu penempatan ke negara ketiga atau berupaya pulang ke negara asal. Model cadangan pelarian di Malaysia diperkenalkan dalam penulisan ini dalam usaha menangani masalah pelarian secara berkesan dan menyeluruh. Model ini menjelaskan bahawa perlunya ada hubungan kerjasama antara badan antarabangsa dan pihak-pihak berkaitan di dalam negara. Hubungan kerjasama ini penting supaya setiap pihak berkaitan mampu memainkan peranan secara efektif dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: