Kelestarian penerbit universiti merupakan isu yang selalu diperkatakan. Penerbit universiti berkait rapat dengan universiti masing-masing kerana mereka menjadi sayap yang memegang tanggungjawab sebagai penerbit bahan rujukan sama ada bersifat ilmiah atau genre penerbitan lain. Setiap penerbit universiti lazimnya mempunyai dasar yang berbeza-beza kerana ia bergantung pada niche atau keperluan universiti di Malaysia. Dasar dan penstrukturan penerbitan ini akan menjadi garis panduan utama tentang apa yang boleh diterbitkan atau tidak dapat diterbitkan. Dalam penerbitan buku kompilasi yang menekankan pengalaman penerbit universiti ini, terdapat beberapa perkara dan sudut pandang yang dilihat oleh para penulis yang mewakili kebanyakan penerbit di universiti. Kupasan berkaitan peranan penerbit universiti serta kitaran penerbitan, falsafah, hala tuju dan tanggungjawab penerbit universiti turut dikongsikan dalam buku ini. Selain itu, buku ini turut mengupas isu cabaran sumber manusia yang dihadapi oleh penerbit universiti termasuk cabaran perolehan manuskrip, sistem pengurusan manuskrip yang efisien, peranan dan tanggungjawab commissioning editor, serta strategi dalam mempelbagaikan bentuk penerbitan. Penerbitan buku ini memberi manfaat kepada semua penerbit universiti di Malaysia bagi meneruskan kelestarian penerbitan di universiti dengan cara yang dipandukan oleh dasar serta peraturan universiti masing-masing.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: