Apa itu dasar sosial? Apa fungsi dan peranannya? Mengapa setiap negara seharusnya mempunyai dasar sosial yang baik? Bagaimana kerajaan mengawal dan menjaga kebajikan hidup rakyatnya menerusi dasar sosial? Ini semua merupakan antara soalan yang berkisar di minda kita apabila timbul perkataan dasar sosial di mana-mana genre perbincangan. Dasar sosial merupakan intervensiintervensi sosial yang dibentuk oleh golongan, pihak-pihak atau sektorsektor tertentu di dalam sesebuah negara sebagai kaedah-kaedah atau usaha-usaha pengekalan, peningkatan, pengurangan, perlindungan, pencegahan atau pengawalan kehidupan sosioekonomi dan politik anggota masyarakat. Buku ini berkisar kepada strategi dasar sosial di Malaysia bagi bertindak balas dengan pelbagai masalah sosial yang mengancam kesejahteraan hidup masyarakat. Buku ini juga membantu para pembaca memahami secara teoretikal, empirikal dan praktikal tentang fungsi dan peranan dasar sosial di dalam menjaga dan memelihara kesejahteraan sosial, dari perspektif sains politik. Dasar sosial merupakan instrumen kritikal dalam membentuk jenis dan bentuk masyarakat yang kita impikan.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: