Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Etika dan Akhlak merupakan antara aset utama yang mesti dimiliki setiap insan di dunia ini khususnya bagi bidang perguruan dan umumnya dalam semua kerjaya lain juga. Pencapaian akademik yang tinggi tanpa sulaman akhlak dan etika berhemah tidak mampu menjadikan seseorang penjawat jawatan profesionalisme cemerlang dan dihormati umum. Menyedari hakikat peri pentingnya elemen akhlak dan etika, maka buku ini diinspirasikan oleh para penulis buat rujukan dan telaah pembaca khusus bidang dan juga umum. Buku Akhlak dan Etika Untuk Pembangunan Lestari Profesional Perguruan ini merupakan sebuah buku akademik dengan rujukan ilmiah, namun masih memiliki pendekatan bahasa yang mudah, jelas dan berupaya untuk difahami dan diaplikasi oleh pembaca. Terdapat lima topik utama yang membicarakan tentang Defini Ilmiah: Akhlak, Moral dan Etika Lestari, Falsafah Akhlak dan Etika dalam Profesionalisme Perguruan Lestari, Standard Profesionalisme Guru Malaysia, Sorotan kajian berkaitan Akhlak Moral dan Etika Profesionalisme, Trend dan Isu dalam Akhlak dan Etika Profesional Perguruan, Strategi Pembinaan Akhlak Dan Etika Profesionalisme Lestari dan sulaman kajian lampau dan terkini serta isu etika dan akhlak menjadikan buku ini wajar dijadikan rujukan asas bagi membantu para pelajar, pendidik, golongan sarjana, para pengkaji serta masyarakat awam memahami dengan lebih jelas tentang kepentingan etika dan akhlak profesional yang bersifat lestari semasa bersemuka serta secara maya dan untuk sepanjang hayat. Diharapkan dengan terbitnya buku ini, manfaatnya dapat dikongsi bersama dengan para guru dan pendidik, para ibu bapa, pemimpin masyarakat, ahli akademik, para penyelidik dan pelajar peringkat menengah dan tinggi ke arah mewujudkan masyarakat madani yang memiliki karamah insaniah. Buku ini juga turut mencadangkan pelan tindakan untuk pelaksanaan akhlak dan etika dalam perjawatan profesional lestari masa kini dan masa hadapan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: