Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini membincangkan Undang-undang Perhubungan Perusahaan di Malaysia yang merupakan satu daripada cabang dalam Undang-undang Buruh yang mentadbir perhubungan majikan dan pekerja. Fokus undang-undang perhubungan perusahaan ialah kepada perhubungan majikan dengan pekerja dan kesatuan sekerja. Penulisan ini membincangkan beberapa tajuk utama yang merangkumi kesatuan sekerja, pengiktirafan, perundingan kolektif dan perjanjian kolektif, pertelingkahan tred dan tindakan perusahaan, pemecatan dan penamatan serta kuasa Mahkamah Perusahaan. Untuk perbincangan tajuk-tajuk ini, rujukan dibuat kepada dua Akta utama iaitu Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, termasuk peruntukan baru yang telah diperkenalkan melalui pindaan yang dibuat pada tahun 2020 dan 2022. Buku ini turut menyertakan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Jadual berkaitan dengan pindaan pada 2020 yang telah dan belum dikuatkuasakan bagi memudahkan rujukan dibuat seandainya perlu.


Dr Siti Zaharah Jamaluddin pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya antara tahun 1993 - 2018. Bidang pengkhususan beliau ialah Undang-undang Buruh, Undang-undang Keluarga, Undang-undang Jenayah, Metodologi penyelidikan dan penulisan undang-undang. Pada masa ini fokus penyelidikan beliau tertumpu kepada isu-isu sosial perundangan yang melibatkan warga emas di Malaysia.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: