Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Undang-Undang Islam mempunyai kedudukan yang amat signifikan di bawah sistem perundangan nasional di Malaysia dan Indonesia. Kedua-dua negara serumpun ini mempunyai banyak persamaan dan
perbezaan dalam konteks pengkanunan dan pelaksanaan undang-undang Islam. Persamaan ini membolehkan kedua-dua negara saling merujuk, mencontohi dan mendukung antara satu sama lain. Dengan kata lain, para akademia
dan pengkaji kedua-dua negara sentiasa ternanti-nanti karya terkini yang mengandungi input ilmiah mengenai perkembangan semasa pelaksanaan undang-undang substantif, amalan, isu serta cabaran yang dihadapi di kedua-dua
negara. Persamaan dan perbezaan inilah yang cuba diraikan oleh buku ini yang berusaha menyatukan pelbagai topik berkisar undang-undang Islam tentang harta, wakaf, halal, ekonomi, pelancongan dan jenayah. Buku ini sesuai
dibaca oleh mahasiswa, pengkaji, pengamal undang-undang ahli akademik serta orang awam di Malaysia dan Indonesia.


Ahmad Hidayat Buang telah berkhidmat sejak 1987 di Universiti Malaya. Kini merupakan Profesor Kehormat di Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam sejak 2023.


Siti Zubaidah Ismail adalah Profesor Madya di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sejak 2023.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: