Kepentingan pengaplikasian teori kaunseling dan psikoterapi dalam perkhidmatan kaunseling yang profesional tidak dapat disangkal. Tanpa penggunaan teori kaunseling, kualiti perkhidmatan pastinya boleh dipersoal. Apa yang lebih menyedihkan adalah kajian oleh penyelidik tempatan menunjukkan ramai antara kaunselor di Malaysia beroperasi tanpa teori! Ini adalah perkara yang amat membimbangkan dan perlu ditangani. Namun, dengan kewujudan lebih daripada 400 buah teori kaunseling konvensional dan kontemporari, bagaimana caranya untuk seseorang kaunselor membuat pilihan teori yang tepat untuk digunakan? Teori Kaunseling: Panduan Pemilihan dan Pembentukan Orientasi Teoritikal Kaunselor, merupakan sebuah buku yang dikarang bagi membantu kaunselor untuk membuat pilihan orientasi teoritikal. Buku ini mengandungi tips dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh seorang kaunselor bagi meneroka teori-teori kaunseling yang bersesuaian dengan dirinya. Selain itu, buku ini turut membincangkan mengenai integrasi budaya dan agama dengan teori kaunseling barat yang akan membantu kaunselor untuk menyesuaikannya dengan keperluan klien tempatan. Buku ini seharusnya dimiliki oleh semua kaunselor pelatih, kaunselor pendidik, mahupun kaunselor lapangan. Dengan berpandukan cadangan dalam buku ini, kaunselor yang belum jelas dengan orientasi teoritikal akan mampu untuk membuat pilihan secara sistematik, seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan kaunseling yang diberikan. Jom bersama menjadi kaunselor yang “glokal” (Think globally; Act locally)!
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: