Buku Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan mengesan gerak nadi dan jantung dalam tatacara penulisan dan penyelidikan ilmiah. Buku ini dihasilkan atas
kesedaran betapa kurangnya bahan-bahan rujukan dalam kaedah penyelidikan dan penulisan. Buku ini perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menjalankan
penyelidikan dan menghasilkan penulisan ilmiah berbentuk esei, kertas kerja, kertas projek, cadangan penyelidikan dan kajian ilmiah. Kandungan buku yang disertai dengan
contoh dan ilustrasi yang menarik bertujuan untuk memberikan kefahaman yang mudah kepada pembaca. Selain itu, setiap bab disusun berdasarkan kaedah penulisan yang
tepat bermula daripada persediaan membuat penyelidikan sehingga gaya penerbitan yang memberikan maklumat yang komprehensif tentang tatacara penulisan dan penyelidikan
ilmiah. Buku ini bukan sahaja berguna kepada penuntut di institusi pengajian tinggi dan sekolah, tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penghasilan penulisan bersifat ilmiah.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: