Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Penyelidikan merupakan aktiviti profesional yang perlu dilakukan secara
sistematik dan beretika, mengikut serangkaian prosedur mengenai
cara-cara atau kaedah bagaimana sebuah kajian yang berkualiti boleh
dilakukan. Ibarat sebuah pelan bangunan, kaedah atau metodologi kajian
merupakan satu peta lakar yang memandu para pengkaji mereka bentuk, membina,
mengumpulkan maklumat-maklumat primer dan sekunder berkaitan kajian, serta
melaksanakan kajian. Jika pelan ini tidak dirancang dengan teliti, ia berisiko tinggi
untuk mensia-siakan kajian yang dilakukan dari segi keaslian, kesahihan dan
kebolehpercayaan data empirikal yang terkumpul. Atas peri pentingnya metode
penyelidikan, buku ini mengandungi 15 buah kajian berkaitan bidang Kerja Sosial
(Social Work) yang telah dirancang menggunakan pelbagai pendekatan dan
metode penyelidikan sains sosial. Selain itu, buku ini juga mengandungi dua bab
khusus yang menerangkan mengenai perkara-perkara dan langkah-langkah yang
perlu dilalui oleh para pengkaji yang bersedia untuk melakukan kajian sains sosial,
serta penerangan ringkas mengenai aliran falsafah paradigma penyelidikan sains
sosial; epistemologi, ontologi dan pragmatis. Pengalaman sebenar di lapangan
yang dikongsi oleh 15 orang para penyelidik dalam buku ini mampu membantu
para pembaca, khususnya pembaca yang merancang untuk melakukan sebuah
kajian membuat persediaan teliti mengenai cara bagaimana untuk mengumpulkan
maklumat kajian agar matlamat atau objektif kajian yang ingin dilakukan tercapai.
Buku ini juga kaya dengan pelbagai teknik penyelidikan yang mampu memberi
banyak idea dan solusi kepada para pelajar yang mengikuti kursus metodologi
penyelidikan dalam program akademik masing-masing.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: