Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Penggunaan teknologi yang terkini dan bersesuaian dapat memenuhi piawaian yang dikehendaki klien, selain disokong dengan perancangan pengurusan penyenggaraan yang cekap dan teratur sudah pasti matlamat penyenggaraan itu dapat dicapai keseluruhannya. Penulisan buku ini bertujuan mengetengahkan teknologi penyenggaraan terkini yang boleh diaplikasikan dalam aktiviti penyenggaraan bangunan yang dilaksanakan. Dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian, bangunan yang diselenggara dapat berfungsi dengan baik di samping kos keseluruhan jangka panjang yang rendah. 
    Selain itu, buku Teknologi dan Pengurusan Penyenggaraan Bangunan ini juga menekankan kaedah-kaedah pengurusan penyenggaraan yang perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti penyenggaraan. Perancangan pengurusan yang tepat amat penting sebelum kerja-kerja penyenggaraan dilaksanakan agar tidak membazirkan masa dan kos. Kandungan buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan kepada pelajar sekolah serta penuntut di universiti dalam bidang Alam Bina berkaitan, pemilik bangunan, pembuat dasar, pihak berkuasa tempatan mahupun pihak yang terlibat melaksanakan kerja penyenggaraan bangunan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: