Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini bertujuan menghakiskan sedikit-sebanyaknya pandangan/ kepercayaan bahawasanya bahasa Melayu tidak pernah mengandungi sains. Manuskrip yang dibicarakan mengandungi sains biologi dan sains fizik (termasuk astronomi, kosmologi,
kosmogoni dan kosmogenesis) dan ditulis dalam pertengahan separuh pertama abad ke-17 M.
Buku ditujukan kepada para guru dan pensyarah sains (terutamanya biologi dan fizik), pengajian Melayu dan orang awam amnya terutamanya peminat sejarah tamadun Malayonesia berbahasa Melayu Istimewanya buku ini ialah buat pertama kalinya pembaca berpeluang mentelaah, menikmati atau menyaksi sendiri dengan konkrit dan eksplisitnya akan tahap bahasa Melayu abad ke-17 sebagai bahasa sains dan sains yang dibicarakan sebahagiannya mendahului yang dibicarakan di Eropah kemudiannya.
Malah ada unsur sainsnya yang berpotensi dikontemporerkan. Lebih istimewa lagi kerana sarjana yang membicarakan sains biologi dan fizik ini ialah bukan seorang yang ber-ADN/DNA Melayu tetapi seorang sarjana ulama yang berasal dari Gujerat, India dan berhijrah ke Aceh dan Pahang hanya untuk sekitar 10 tahun sahaja. Kebolehannya berkarya dalam Bahasa Melayu membuktikan bahasa Melayu bertaraf bahasa antarabangsa dan bahasa ilmu pada abad ke-17 M.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: