Karya berjudul Al-Ikhtiyar dalam Ilmu Qiraat ini mengkaji secara ilmiah bagaimana titik tolaknya para Qurra’ dalam memilih bacaan untuk dijadikan landasan asas dalam beramal dengan wajah bacaan yang dipilih. Melihat kepada aspek pensejarahan ilmu Qiraat seawal zaman Nabi SAW, diikuti zaman sahabat , tabiin, tabi’ tabiin dan al-salaf al-salih, merupakan asas-asas penting dalam meletakkan batu asas, bagi sesuatu wajah bacaan itu untuk diamalkan. Peringkat perkembangan ilmu Qiraat berserta dengan dawabit yang digariskan oleh para sarjana Qurra’ menjadikan disiplin ilmu Qiraat ini semakin kukuh, yang secara langsung membina ikhtiyar dalam kalangan para Qurra’.
Karya-karya dalam Ikhtiyar Qiraat diangkat dan diperkenalkan kepada pembaca, memberi suluhan dan kefahaman yang lebih jelas bagaimana para Qurra’ mentadwin setiap ilmu yang berkaitan dengan pemilihan mereka dalam mengaplikasikan bentuk bacaan yang dipilih. Nama-nama besar dalam Ikhtiyar Qiraat juga diperkenalkan dengan membawa pendekatan masing-masing dalam memilih wajah bacaan mereka.
Tiga asas utama yang menjadi rukun dalam penerimaan sesuatu ikhtiyar perlu diperhalusi bagi memastikan setiap bentuk bacaan itu adalah mutawatir. Ia bermula seawal zaman Ibnu Mujahid, diteruskan selepasnya oleh sarjana-sarjana Qiraat sehingga ke zaman Imam Ibnu Jazari yang menazamkan dalam Tayyibah Al-Nasr,
Setiap Wajah bacaan Al-Quran perlulah menepati kaedah bahasa
Arab, menepati rasm Uthmani walaupun secara ihtimal dan sah
sanadnya. Sekiranya terjatuh salah satu daripada rukun-rukun ini
maka wajah bacaan tersebut menjadi shazzah walaupun dijumpai
dalam kalangan Imam Qiraat yang tujuh.
Semoga karya ini dapat memberi penerangan dan pencerahan kepada pencinta ilmu Qiraat, bagaimana disiplin ilmu dalam pemilihan bentuk-bentuk bacaan al-Quran dilakukan dalam kalangan para Qurra’.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: