Buku berjudul Hadis Peristiwa Akhir Zaman: Antara Takwilan Dengan Imaginasi ini membincangkan mengenai pertikaian dan salah faham terhadap peristiwa akhir zaman dan penyelesaiannya menurut perspektif hadis. Peristiwa
akhir zaman sentiasa mendapat tempat dalam hati masyarakat Islam di Malaysia kerana kisah-kisah pelik dan luar biasa yang terdapat di dalamnya. Penulisan ini mendedahkan tentang golongan tertentu yang mengupas peristiwa akhir zaman dengan
takwilan yang bersandarkan kepada logik akal semata-mata atau imaginasi yang melampau sehingga menyelewengkan maksud hadis daripada kefahaman yang sebenar. Golongan yang bukan berlatarbelakangkan pengajian Islam turut berminat mengupas
peristiwa akhir zaman namun akhirnya terjebak dengan teori-teori konspirasi yang tiada asas dan fakta yang jelas.
Buku ini berusaha menjawab segala tohmahan dan pertikaian terhadap hadis peristiwa akhir zaman berdasarkan panduan dan rujukan hadis Nabi SAW selain kupasan tuntas mengenai kaedah berinteraksi dengan hadis fitan yang diletakkan asasnya oleh para ulama hadis dalam karya-karya penulisan mereka.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: