Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Terdapat kepentingan untuk mengetengahkan ketokohan pemikir politik Islam Alam Melayu yang berperanan penting kepada tanah air dalam tempoh kira-kira hampir 100 tahun yang lalu. Buku ini adalah perbincangan sumbangan lapan daripada tokoh-tokoh pemikir politik berkenaan.
    Tokoh pertama yang diketengahkan adalah Tok Kenali yang terkenal sebagai ulama reformis yang bergiat aktif dalam dunia pendidikan dan dakwah yang mana beliau cuba menjauhkan diri daripada pertelingkahan yang disebabkan percaturan polemik Kaum Muda dan Kaum Tua dan sebaliknya menyeru masyarakat Melayu menuntut pelbagai ilmu dan berusaha meningkatkan kedudukan orang Melayu. Kemudiannya, peranan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) pula ditonjolkan. Beliau disanjung sebagai pendeta dan jasa beliau dalam pelbagai bidang terutamanya pendidikan dan bahasa, agama serta politik menaikkan namanya sebagai pejuang bangsa. Susuk Burhanuddin al-Helmi juga ditonjolkan terutamanya dengan menghuraikan kegigihan tokoh ini menyemarakkan semangat gerakan penyahjajahan (decolonization) dengan gagasan islah dan Islamisme dalam membangunkan masyarakat Melayu. Selanjutnya, buku ini juga menampilkan ketokohan Sheikh Abdullah Fahim sebagai ulama terkenal ilmu Falak dan peranannya dalam aspek kenegaraan, terutamanya penentuan tarikh Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957. Pemikiran politik Abu Bakar al-Baqir juga diketengahkan, terutamanya peranan tokoh ini dalam ilmu agama. Gagasan beliau tentang politik menyebabkan kegiatannya diawasi pihak pemerintah. Sumbangan Zulkifli Muhammad dalam bidang politik juga tidak ditinggalkan dalam perbincangan buku ini, khasnya peranan beliau dalam memantapkan perjuangan PAS. Muhammad Uthman El-Muhammady yang terkenal dengan pendekatan apolitical juga dibincangkan, yang mana gagasan siasah al-Wuaz, iaitu politik di peringkat orang kebanyakan sebagai sebahagian daripada pendekatan berkenaan. Peranan besar Nik Abdul Aziz terhadap kepimpinan dan pemikiran politik Islam orang Melayu juga mendapat perhatian yang mana gagasan penting tokoh ini tentang negara Islam dan tauhid menerangkan tentang pegangan yang tidak mengetepikan sebarang kepentingan dalam kehidupan.
    Tumpuan buku ini adalah lebih kepada melihat unsur tanah air dan Alam Melayu dan kaitannya dengan dunia Timur Tengah berbanding dengan unsur Dunia Barat, terutamanya yang berkaitan dengan perihal pascamodenisme.

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: