Buku Masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu merupakan satu koleksi artikel dengan pelbagai tema yang dihasilkan melalui kajian di
peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang membincangkan tentang proses perubahan yang berlaku dan kesinambungannya dalam
masyarakat tersebut dari pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-21. Selain membincangkan pelbagai tema yang berkaitan dengan perkembangan
sejarah yang mempunyai kaitan dengan perkembangan masyarakat Islam di Malaysia, perbincangan juga diperluaskan kepada beberapa tema sejarah
yang berkaitan dengan masyarakat Islam di Patani (Selatan Thai) dan Hindia Timur Belanda (Indonesia).
Perubahan yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu, merangkumi perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan,
agama, sosial dan politik dipengaruhi oleh unsur-unsur yang datang dari luar dan dinamik yang berlaku di dalam masyarakat tersebut. Penjajah British di
Tanah Melayu dan penjajah Belanda di Indonesia memainkan peranan penting dalam mencorakkan perjalanan sejarah masyarakat tersebut di rantau ini
dan turut berperanan menimbulkan tindak balas bagi membolehkan Islam dan masyarakatnya terus relevan dalam menghadapi rempuhan pengaruh
dari Barat. Proses perubahan dan kesinambungan yang berlaku juga turut melibatkan idea pembangunan dan tema ini dibincangkan dalam beberapa
artikel bagi melengkapkan perbincangan berkaitan dengan masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: