Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Karya Biografi Imam dan Perawi Qira’at Tujuh merupakan sebuah koleksi ilmiah yang membicarakan biografi para imam qira’at dan perawinya. Ia merangkumi tujuh orang Imam Qira’at berserta 14 orang Perawi utama kepada Imam tersebut yang telah dipilih oleh seorang ulama Qira’at yang masyhur bernama Abu Bakar bin Mujahid (wafat 324 Hijrah). Turut dipersembahkan ialah justifikasi susunan Imam serta ringkasan manhaj dalam Qira’at tujuh. Karya ini dihasilkan daripada penelitian kepada sumber primer yang berkaitan dengan disiplin ilmu tarikh, rijal, tabaqat, tafsir, Qira’at dan sebagainya. Hasilnya tokoh-tokoh tersebut dapat dilihat dari sudut pandang al-Quran dan Hadis secara tuntas dan memberikan wibawa yang selayaknya dalam disiplin ilmu yang diketengahkan. Dengan mengenali para tokoh Qurra’ ini secara dekat dan ilmiah kita dapat menghayati betapa tingginya mujahadah mereka dalam memastikan al-Quran sentiasa terpelihara dan mutawatir dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa janji Allah SWT dalam surah Al-Hijr ayat ke-9 yang bermaksud “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya”.
    Peranan serta perjuangan para Qurra’ dalam menyebarluaskan bentuk-bentuk bacaan al-Quran perlu dicontohi oleh generasi kini, agar disiplin ilmu al-Qira’at akan terus subur dan diterima oleh masyarakat awam secara keseluruhan. Akhlak dan peribadi yang unggul dalam kalangan Qurra’ perlu menjadi inspirasi dalam kalangan masyarakat agar ketokohan dan kehebatan mereka dapat diikuti dan diwarisi dari semasa ke semasa. Semoga karya ini bukan sekadar sudut pandang ilmiah yang dikecapi namun lebih jauh daripada itu pembinaan akhlak dan peribadi yang unggul dapat digarap hasil bacaan karya ini.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: