Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Kemelut alam sekitar kini semakin meruncing. Banyak pemimpin, ahli sains, pemikir, tokoh masyarakat, dan aktivis mengakui kenyataan bahawa alam sekitar semakin tercemar dan kian membahayakan kehidupan manusia: Perubahan iklim, peningkatan suhu bumi, ketidaktentuan cuaca, peningkatan aras laut, lambakan sampah sarap, jerebu merentasi sempadan, pemusnahan hutan, pencemaran sungai dan sebagainya. Susulan itu, hampir semua negara di seluruh dunia bersetuju menandatangani Perjanjian Paris 2015 yang bermatlamat melaksanakan pembangunan mampan sebagai usaha mengubah tatacara pembangunan agar lebih mesa alam. Malahan, banyak negara telah mengisytiharkan Darurat Perubahan Iklim (Climate Emergency) dan mengharamkan penggunaan bahan api fosil menjelang 2030. Oleh itu, apakah tindakan drastik yang perlu dilakukan oleh setiap warga dunia, termasuk umat Islam? Adakah amalan melestarikan bumi terangkum dalam kerangka ibadah dan tuntutan keimanan?

40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar Edisi Kedua mengemukakan prinsip dan amalan yang difahami daripada 40 hadis sahih dan hasan terpilih. Pengarang menghuraikan ajaran Nabi Muhammad SAW dalam konteks pelestarian alam sekitar kontemporari dari aspek tauhid, fiqah, dan tasawuf yang diadun dengan fakta sains dan kajian empirikal. Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat, demi membantu pembaca memahami ajaran Islam secara menyeluruh, yang merangkumi tanggungjawab dan peranan manusia melestarikan alam sekitar sebagai khalifah di muka bumi, bersesuaian maksud firman Allah SWT:'... negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun." (Terjemahan surah Saba' | 15)
 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: