Buku ini mengandungi 10 bab kesemuanya yang dimulakan dengan perbincangan tentang konsep Masyarakat Sivil (MS) dan diikuti dengan penerangan tentang peranan MS dan perkembangan ilmu MS dalam Islam sebelum disudahi dengan beberapa contoh kegiatan yang dianjurkan oleh kumpulan MS. Tumpuan perbincangan buku ini adalah kepada dua perkara penting, iaitu memahami makna MS dari kaca mata Islam dan huraian terhadap peranan dan aktiviti organisasi MS di Malaysia. Pembaca akan mendapati bahawa terdapatnya perbezaan yang fundamental dalam memahami MS dari perspektif Islam berbanding dengan pandangan Barat. Pembaca juga akan mengetahui bagaimana pelbagai isu di negara ini seperti hak asasi, alam sekitar, perubahan budaya politik dan pengaruh pilihan raya melibatkan peranan penting MS. Akhirnya, kegiatan yang melibatkan peranan wanita dalam kegiatan kesukarelaan serta komitmen pemerintah atau kerajaan terhadap golongan kurang upaya juga dihuraikan dalam buku ini.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: