Ilmu miqat lebih dikenali sebagai ilmu warisan atau tradisi ulama silam. Usia ilmu miqat sudah menjangkau lebih 700 tahun. Namun ilmu ini masih kekal utuh diwarisi zaman berzaman di Malaysia. Tahukah anda bahawa ilmu miqat merupakan ilmu hitungan dalam sains astronomi Islam? Ilmu miqat sangat unik kerana proses hitungannya bersepadu dalam alat astronomi rubu’ mujayyab atau dikenali sebagai kuadran. Tanpa kuadran, proses hitungan tidak boleh dilakukan. Gabungan antara kaedah dan alat ini menunjukkan kebijaksanaan dan keagungan ilmu yang dimiliki para ilmuwan silam yang memartabatkan penggunaan alat astronomi dalam proses penentuan waktu. Tidak mudah untuk memahami proses hitungan tersebut jika tidak memahami alat kuadran.
Buku ini ditulis secara terperinci tentang kuadran, serta proses hitungannya dalam penentuan waktu solat dan kiblat. Bagi memelihara keaslian ilmu miqat, penulis masih mengekalkan istilah-istilah asal dalam kandungan ilmu tersebut. Namun penulis memberikan nafas baru dengan menggabungkan tafsiran sains dan astronomi dalam kandungan ilmu tersebut.
Buku ini bermanfaat, terutamanya untuk pelajar dan ahli dalam bidang astronomi Islam di Malaysia.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: